Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gmail Akan Mengubah Alamat, Nombor Telefon Dan Emel Menjadi Pautan Boleh Diklik Secara Automatik

Peranti pintar ialah alat elektronik yang kami yakin digunakan oleh anda sepanjang masa. Ia menggantikan komputer sebagai peranti pilihan untuk melakukan kerja. Kerap kali kami menerima emel dengan alamat, nombor telefon dan nama di dalamnya. Kerap kali juga kami perlu menyalin alamat dan kemudian menampalnya ke dalam Google Map kerana tiada pautan automatik.

Kemaskini Gmail akan datang memudahkan proses ini kepada semua pengguna. Selepas ini kesemua alamat, nombor telefon dan nama individu akan diubah menjadi pautan yang boleh diklik secara automatik. Sebagai contoh alamat yang dimasukkan di dalam emel akan menjadi pautan terus ke Google Maps bagi memudahkan pencarian lokasi. Nombor telefon pula secara automatik akan membuka aplikasi telefon apabila diklik.

Dengan automasi ini tiada lagi keperluan menyalin alamat dan nombor sebelum menampalnya semula ke dalam aplikasi yang diinginkan. Pengguna Gmail akan menerima fungsi baru ini secara berperingkat dalam masa tiga hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gmail Akan Mengubah Alamat, Nombor Telefon Dan Emel Menjadi Pautan Boleh Diklik Secara Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info