Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fon Kepala Beats Studio 3 Dilancarkan Dengan Cip Apple W1

Fon kepala Beats Studio 3 telah dilancarkan semalam dengan cip Apple W1 bagi memudahkannya ditambat kepada peranti Apple seperti AirPod. Ini bagi membolehkan fon telinga tanpa wayar ini mempunyai sistem peredam bunyi yang baik untuk kualiti audio yang tinggi. Pendakap telinga diperhalusi oleh Beats untuk memastikan keselesaan memakainya sepanjang hari.

Bateri yang disertakan memberikan kemampuan memainkan muzik sehingga 20 jam dengan sistem peredam bunyi diaktifkan. Ini meningkat ke 40 jam sekiranya sistem peredam dimatikan. Sistem pengecasan pantas membolehkan ia memainkan muzik selama 3 jam dengan pengecasan selama 10 minit. Aneh sekali ia menggunakan port MikroUSB dan bukannya Lightning seperti produk Apple yang lain. Ia juga ditambat kepada peranti iOS dengan serta merta apabila dihidupkan. Sepasang Beats Studio 3 dijual pada harga $350 (~RM 1495) dengan enam pilihan warna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fon Kepala Beats Studio 3 Dilancarkan Dengan Cip Apple W1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info