Lanjutan daripada berita mengenai masalah sekuriti dan kerentanan yang ditemui pada router D-Link, kini pihak D-Link Malaysia telah mengeluarkan kenyataan, dan mengatakan mereka akan mula menawarkan kemaskini firmware untuk router D-Link DIR-850L.
Untuk makluman, router model ini digunakan secara meluas oleh pengguna tempatan – termasuk oleh pelanggan Unifi dan TIME kerana ia merupakan router asas yang ditawarkan bersama pakej langganan.
Sebelum ini, pengkaji sekuriti telah menemui kerentanan yang membolehkan pengodam untuk memuat-naik pepijat serta menyerang pelbagai peranti yang bersambung ke router berkenaan.
Buat masa ini, D-Link menasihatkan pengguna untuk mematikan ciri WAN Remote Admin, serta mengubah kata laluan SSID untuk mengelak pengguna yang tidak dibenarkan untuk mengaksesnya. Pada masa yang sama, D-Link menasihatkan pengguna untuk mengubah kata laluan pentadbir untuk router berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "D-Link Akan Menawarkan Kemaskini Perisian Pada 21 September Untuk Mengatasi Kerentanan Router Mereka"