CCleaner merupakan salah satu perisian popular dikalangan pengguna komputer seluruh dunia – dimana ia sering digunakan untuk membuang fail-fail tidak digunakan pada komputer dengan pantas. CCleaner sebelum ini turut telah diambil alih oleh syarikat sekuriti terkemuka, Avast.
Walaupun kini dibawah Avast, namun, ia tidak mengelakkan CCleaner daripada menjadi mangsa serangan pengodam.
Hari ini, CCleaner mengesahkan yang mana pengodam telah menyerang rangkaian komputer merka dan menyertakan kod berbahaya yang membolehkan pengodam mencuri beberapa data.
Versi yang terjejas buat masa ini adalah CCleaner 5.33.6162 dan juga CCleaner Cloud 1.07.3191. Kedua-dua versi yang terjejas adalah hanya untuk pengguna Windows, dan versi 32-bit sahaja.
Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk kemaskini kepada versi terbaru untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa pengodam.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CCleaner Digodam – Semak Pemasangan CCleaner Pada Komputer Anda"