Apple iPhone X membawakan evolusi rekabentuk paling drastik sejak ia mula dijual sedekad yang lalu. Ia mempunyai rekaan hampir semua skrin dan tidak mempunyai butang fizikal. Apabila mula dijual November akan datang, iPhone X boleh dimiliki pada harga $999 (~RM 4185) sebuah.
Tetapi sekiranya anda merasakan ini masih belum cukup mewah dan eksklusif, syarikat Brikk yang berpengkalan di Amerika Syarikat akan menjual Lux iPhone X Ingot 250 versi emas tulen dengan pada harga $69,995 (~RM 293454) sebuah bermula Januari 2019.
Lux iPhone X Ingot 250 mempunyai tubuh emas tulen 22K 250 gram yang membuatkannya antara peranti pintar termahal pernah dihasilkan. Dengan setiap pembelian, Brikk akan menyertakan kerangka yang diperbuat daripada aluminium dengan lapik diperbuat daripada kulit dan gentian karbon.
Sekiranya Lux iPhone X Ingot 250 adalah terlalu mahal, Brikk ada menghasilkan beberapa model lain pada harga lebih mampu milik bermula dari $7495 (~RM 31423).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iPhone X Yang Diperbuat Dari Emas Tulen Boleh Dimiliki Pada Harga Hampir RM 300,000"