Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kaspersky Sedang Menguji Aplikasi VPN Untuk Peranti Mudah-Alih

Sementara Opera baru sahaja mengumumkan bakal menamatkan aplikasi VPN mereka, Opera Max, untuk Kaspersky pula ia berbeza. Mereka baru sahaja menerbitkan versi pembangunan untuk aplikasi VPN mereka yang dinamakan sebagai Kaspersky Secure Connection di Google Play Store.

Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan dalam bentuk ujian beta, dan terhad kepada penggunaan data sebanyak 200MB secara percuma setiap hari. Apabila anda menggunakannya, ia akan melindungi anda dan menyulitkan pelbagai data yang dihantar dan diterima supaya ia tidak diceroboh pihak ketiga.

Kaspersky dilihat akan menawarkan perkhidmatan berbayar tanpa had data melaluinya kelak.

Bagi anda yang yang berminat, boleh mencuba aplikasi Kaspersky Secure Connection ini dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Kaspersky Secure Connection untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kaspersky Sedang Menguji Aplikasi VPN Untuk Peranti Mudah-Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info