Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iOS 11 Mempunyai Fungsi Menyahaktifkan TouchID Bagi Mengelakkan Peranti Dinayhkunci Secara Paksa

Peranti iOS terkenal dengan tahap keselamatan yang amat tinggi. Ini menyukarkan pihak berkuasa dari mengakses iPhone 5C milik pengganas di San Bernadino beberapa tahun yang lalu. Apple berkeras tidak akan memberikan bantuan kepada FBI kerana mahu menjadi privasi pengguna peranti mereka. iOS 11 akan mempunyai sebuah lagi fungsi yang akan menimbulkan kemarahan pihak berkuasa.

Apabila butang kuasa ditekan sebanyak 5 kali berturut-turut, peranti iOS 11 akan melakukan panggilan kecemasan secara automatik. Butang panik ini dapat membantu pemilik di dalam situasi kecemasan dan adalah syarat yang dikenakan oleh kerajaan India tahun lalu. Apabila mod ini diaktifkan, sistem TouchID turut akan dinyahaktifkan.

Ini dapat menghalang pengguna dipaksa menyahkunci peranti dengan jari diletakkan pada pengimbas cap jari. Ini dapat mengelakkan pihak berkuasa dari mengakses peranti tanpa waran dan arahan mahkamah yang mengikut undang-undang. TouchID hanya akan diaktifkan semula apabila kod masuk ditaip.

Fungsi ini berguna bagi pengguna iPhone yang mungkin tinggal di negara yang tidak mempedulikan hak asasi manusia seperti China. Ia sebuah lagi dinding pertahanan di antara privasi pemilik dengan pihak berkuasa yang enggan mengikut landasan undang-undang yang betul.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iOS 11 Mempunyai Fungsi Menyahaktifkan TouchID Bagi Mengelakkan Peranti Dinayhkunci Secara Paksa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info