Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Opera Max Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Dari Google Play

Opera Max ialah aplikasi yang digunakan bagi mengurangkan penggunaan data ketika melayari web dan aplikasi popular seperti Facebook. Ia diperkenalkan pada tahun 2014 dan amat berguna bagi mereka yang menggunakan talian pra-bayar dengan kuota yang kecil. Opera hari ini mengumumkan penghentian sokongan kepada aplikasi ini,

Opera Max Pada waktu yang sama aplikasi ini tidak lagi boleh dimuat turun menerusi Google Play. Menurut Opera, aplikasi dihentikan sokongan kerana ia bukan lagi fokus syarikat mereka. Bagi mereka yang sedang menggunakan Opera Max, aplikasi akan terus berfungsi sehingga tarikh yang masih belum disahkan. Apabila sokongan akan dihentikan, kesemua pengguna akan diberitahu lebih awal. Selamat tinggal Opera Max.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Opera Max Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Dari Google Play"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info