Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skype Untuk Linux Beta Kini Hadir Dengan Sokongan Panggilan Video Berkumpulan

Microsoft nampaknya membawa satu demi satu ciri-ciri daripada perisian Skype utama untuk pengguna Linux. Terkini, melalui Skype untuk Linux Beta 5.4, Microsoft menambah sokongan membuat panggilan video secara berkumpulan.

Skype Group Call

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat eksperimental – dan mungkin tidak stabil sepenuhnya. Disebabkan oleh itu, ia ditawarkan untuk pengguna beta sahaja – dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan untuk pengguna perisian Skype untuk Linux.

Disamping itu, ia juga turut menawarkan kemaskini prestasi dan penambah-baikkan sekuriti melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Linux, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba Skype Beta ini hari ini.

Muat-TUrun Skype untuk Linux Beta



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skype Untuk Linux Beta Kini Hadir Dengan Sokongan Panggilan Video Berkumpulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info