Sembang Maniac

Sembang-sembang je

“See You Again” Mengatasi “Gangnam Style” Sebagai Video Paling Banyak Ditonton Di YouTube

Video klip “Gangnam Style” daripada PSY telah menjadi fenomena sebelum ini, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu video yang paling tinggi ditonton di YouTube. Walaubagaimanapun, kini takhta berkenaan telah diatasi oleh video klip daripada Wiz Khalifa untuk lagi “See You Again”.

Video yang dimuat-naik pada 2015 lepas ini, kini telah mencapai lebih 2.89 bilion tontonan. Populariti lagu ini juga turut meningkat disebabkan oleh kerana ia merupakan lagu tema untuk filem Furious 7, dan dianggap peminat sebagai penghargaan untuk pelakon Paul Walker.

Selain video ini, terdapat beberapa video lain yang turut telah melangkaui angka tontonan sebanyak 2 bilion kali. Apakah kita mungkin melihat “See You Again” menjadi video klip pertama mencapai angka tontonan 3 bilion kali?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "“See You Again” Mengatasi “Gangnam Style” Sebagai Video Paling Banyak Ditonton Di YouTube"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info