Pada awal tahun ini, syarikat pembina permainan komputer terkemuka Activision Blizzard mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan permainan-permainan popular mereka seperti Starcraft, Diablo III, World of Warcraft, Hearthstone dan sebagainya untuk sistem-sistem operasi Windows XP dan juga Vista.
Menurut syarikat tersebut, ini adalah kerana Microsoft sendiri sudahpun menghentikan sokongan untuk sistem-sistem operasi tersebut, dan pihak Activision Blizzard hanya menyokongnya kerana beberapa tahun lepas, masih ramai lagi para peminat permainan komputer Blizzard yang menggunakan sistem-sistem operasi tersebut.
Terkini, mereka baru sahaja mengumumkan bahawa sistem-sistem operasi tersebut akan diberhentikan sokongannya pada bulan Oktober 2017 kelak.
Untuk mereka yang masih menggunakan sistem-sistem operasi Windows XP dan Vista, penghentian sokongan oleh syarikat ini bermaksud bahawa permainan-permainan komputer daripada syarikat ini tidak akan berfungsi apabila bulan Oktober tiba kelak, dan mereka menyarankan bahawa peminat-peminat permainan komputer Activision Blizzard untuk menggunakan sistem operasi yang terbaru dari Microsoft untuk terus bermain permainan komputer mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Activision Blizzard Akan Menghentikan Sokongan Untuk Windows XP Dan Vista Bermula Bulan Oktober 2017"