Vivo, salah satu jenama telefon pintar dari China agak aktif dalam penawaran peranti mereka untuk pasaran tempatan pada tahun ini. Selepas memperkenalkan Vivo V5s pada bulan Mei lepas, selain menambah penawaran berwarna merah jambu emas, hari ini Vivo Malaysia turut menambah penawaran Vivo V5s dalam pilihan hitam pusam.
Selain daripada perbezaan warna, Vivo V5s Hitam Pusam ini masih kekal hadir dengan spesifikasi dan harga yang sama. Vivo V5s menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 720p, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.
Vivo V5s turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dan memfokuskan kepada ciri selfie melalui kamera 20-megapixel dihadapan.
Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Vivo V5s ini pada harga RM1299, dan pilihan warna Hitam Pusam ini akan ditawarkan bermula 17 Jun 2017 ini.
Baca: Pandang Pertama Vivo V5s
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo V5s Berwarna “Hitam Pusam” Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia"