Sistem tembakan laser adalah fiksyen sains siri animasi kanak-kanak semasa kami masih belum mumayyiz. Selepas hampir tiga puluh tahun, babak aksi dari siri G.I Joe semakin hampir menjadi realiti. Raytheon berjaya menguji sistem laser High Energy Laser (HEL) mereka pada sebuah helikopter tempur AH-64 Apache Isnin lalu.
Sistem laser dalam bentuk pod dipasang pada sayap membawa senjata helikopter dan berjaya menembak sasaran yang terletak sejauh 1.4 kilometer. Maklumat mengenai jumlah kuasa laser dan adakah sasaran musnah tidak pula dikongsi oleh Raytheon kerana ia masih sulit. Sistem HEL telah dijuji sejak 2014 pada sebuah trak. Sistem ini turut dibangunkan untuk kegunaan pesawat tempur menjelang 2020.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Raytheon Berjaya Menguji Sistem Laser HEL Untuk Kegunaan Helikopter Tempur Apache"