Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iOS 11 Boleh Mengosongkan Ruangan Pada iPhone Dan iPad Anda Secara Automatik

Salah satu perkara yang paling tidak digemari ramai adalah apabila storan peranti anda penuh, terutamanya ketika anda ingin memasang sesuatu aplikasi dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, melalui iOS 11 kelak, Apple akan membantu anda mengosongkan ruangan pada iPhone dan iPad secara automatik.

Ciri ini dinamakan sebagai “Offload Unused Apps”. Melaluinya, ia akan memadam aplikasi yang tidak digunakan secara automatik ketika ruangan storan pada peranti anda semakin berkurangan. Ciri ini sekadar memadam aplikasi yang tidak digunakan atau jarang digunakan anda – sementara akan mengekalkan data berkaitan terus pada peranti. Ini bermakna, anda boleh memasang aplikasi berkenaan pada masa akan datang, dan terus menggunakan ia dengan pelbagai data sedia-ada seperti sebelum ia dipadam sebelum ini.

iOS 11 telah diumumkan oleh Apple pada awal minggu ini, dan ia ditawarkan secara beta untuk para pembangun. Ia bakal dilancarkan untuk semua pengguna dalam beberapa bulan lagi.

Apple iOS 11



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iOS 11 Boleh Mengosongkan Ruangan Pada iPhone Dan iPad Anda Secara Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info