Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Kini Mempunyai Sekitar 2.5 Juta Tempahan Setiap Hari

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pengangkutan dari satu lokasi ke destinasi yang dituju. Ia memfokuskan kepada pasaran Asia Tenggara buat masa ini, termasuk di Malaysia.

Di Malaysia sendiri, Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan meluas, selain daripada Uber. Perkhidmatan ini sendiri kini meliputi sekitar 21 bandar utama sekitar Malaysia, selain turut telah memperkenalkan sokongan pembayaran melalui GrabPay.

Berkongsi lanjut mengenainya hari ini pada acara WSJ D.Live Asia, Grab mengatakan kini mereka mempunyai sekitar 2.5 juta tempahan setiap hari.

Angka ini boleh dikatakan sedikit jauh berbanding dengan Uber dan Didi, tetapi memandangkan ia hanya meliputi pasaran Asia Tenggara sahaja, ia boleh dikatakan agak tinggi.

Dengan lebih ramai yang kini mengakses internet di rantau ini, selain bandar-bandar baru dimana Grab dilancarkan secara rasmi – tidak mustahil kita melihat tempahan Grab setiap hari terus meningkat dari masa ke semasa.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Grab?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grab Kini Mempunyai Sekitar 2.5 Juta Tempahan Setiap Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info