Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NASA Akan Menghantar Kapal Angkasa Ke Matahari Pada 2018

NASA hari ini secara rasminya mengumumkan misi angkasa terbaru mereka, iaitu untuk mendekati matahari. Untuk tujuan berkenaan, NASA akan menggunakan sebuah probe, iaitu Solar Probe Plus untuk mengumpulkan pelbagai data berkenaan dengan matahari dan atmosferanya. Nasa menamakan misi ini sebagai Parker Solar Probe.

Seperti ramai sedia maklum, tiada manusia yang mampu mendekati matahari, dan untuk tujuan berkenaan, NASA hanya sekadar menghantar sebuah probe untuk menghampiri matahari sedekat yang mungkin.

Kali terakhir kapal angkasa pernah mendekati matahari adalah ketika 1976, iaitu pada jarak sekitar 43 juta kilometer. Misi terbaru ini akan meletakkan kapal angkasa tujuh kali ganda lebih dekat berbanding dengan sebelum ini – iaitu sekitar 6.44 juta kilometer daripada permukaan matahari.

Kapal angkasa ini sendiri dijangka dapat bertahan suhu melangkaui 1400C, dan akan diterbangkan secara rasminya pada 2018 kelak. Ia juga dijangka dapat menahan tahap radiasi yang tinggi. Kapal angkasa ini akan mengorbit untuk suatu tempoh masa dan mengumpulkan pelbagai data melaluinya.

Melalui misi ini, para saintis berharap dapat lebih memahami matahari, bagaimana angin suria terjadi, bagaimana sesuatu bintang beroperasi dan pelbagai proses fizik disebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NASA Akan Menghantar Kapal Angkasa Ke Matahari Pada 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info