Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android

Perkataan terhangat sejak seminggu lalu ialah malware. Jutaan komputer Windows dijangkiti oleh Wannacry sehingga data pengguna dikunci sehinggalah mereka membayar wang tebusan. Lebih 99% komputer yang diserang oleh Wannacry didapati menggunakan Windows 7. Hari ini sebuah lagi malware baru dilaporkan menjangkiti 36 Juta peranti Android.

Malware Judy ialah malware yang disorokkan di dalam 50 aplikasi yang dimuat turun menerusi Google Play. Selepas dipasang, aplikasi ini akan membuka jalan belakang kepada laman yang mempunyai iklan. Menggunakan kod JavaScript, iklan pada laman ini akan diklik oleh peranti pengguna secara rahsia sekaligus menjana pendapatan kepada pembangun aplikasi. Pemilik peranti langsung tidak menyedari peranti mereka kini menjadi zombie mengklik iklan.

Nama malware ini diambil dari aplikasi Chef Judy : Picnic Lunch Maker yang didapati terawal menggunakan kerentanan ini untuk menjana pendapatan. Pihak Google telahpun dimaklumkan mengenai kewujudan Judy dan telah memadam 50 aplikasi yang didapati menggunakan Judy. Majoriti aplikasi adalah dibangunkan oleh Kiniwini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan.

Kewujudan aplikasi seperti ini ialah penyebab mengapa kami sentiasa berwaspada setiap kali memberikan akses kepada aplikasi “percuma” di Google Play.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info