Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kamera Dengan Kemampuan Merakam Pada Kadar 5 Trillion FPS Dihasilkan

Sistem kamera terpantas pada peranti mudah alih boleh ditemui pada Sony Xperia XZ Premium. Kamera Motion Eye Sony mampu merakam video pada kadar 950 FPS kerana sensor yang mempunyai memori terbina. Tetapi teknologi ini masih dianggap perlahan apabila diletakkan bersebelahan dengan kamera yang baru dibangunkan oleh Lund University di Sweden.

Kamera yang dibangunkan ini mampu merakam pada kadar 5 Trillion FPS. Ia amat pantas sehingga mampu merakam pergerakan denyutan cahaya merentasi sebuah kertas. Dengan kejayaan ini, kamera berteknologi FRAME (Frequency Recognition Algorithm for Multiple Exposures) ini merampas takhta kamera terpantas dunia dari kamera yang dihasilkan oleh University of Tokyo yang merakam pada kadar 4.4 Trillion FPS.

Kamera adi-pantas ini digunakan di dalam kajian fizik dan kimia. Ia boleh merakam reaksi kimia seperti letupan yang berlaku pada kadar yang tidak boleh dirakam menggunakan kamera konvensional.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera Dengan Kemampuan Merakam Pada Kadar 5 Trillion FPS Dihasilkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info