Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Insurans Hayat Sun Life Malaysia Bakal Ditawarkan Untuk Pengguna U Mobile Pada Harga Mampu Milik

Dalam tempoh dua minggu ini U Mobile telah menawarkan fungsi terbaru pada pelan telekomunikasi mereka. Baru sahaja mereka mengumumkan Roam-Onz untuk pelan Unlimited Hero P78 pada Selasa lepas, hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Sun Life Malaysia dan menawarkan insurans hayat buat pengguna U Mobile.

Menerusi kerjasama ini, Sun Life Malaysia akan menawarkan insurans hayat dengan harga bulanan yang sangat rendah dikatakan dibawah RM 10 yang merangkumi Insurans Hayat dan Insurans Kemalangan. Menurut Sun Life, 5 dari 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans hayat dan dengan tawaran insurans menerusi U Mobile, ia sekaligus boleh memberikan perlindungan memberikan lebih lagi nilai untuk pelanggan kedua-dua jenama.

Menjadi kebiasaan U Mobile, pelan Insurans ini ditawarkan untuk kedua-dua pelanggan prabayar dan pascabayar. Bagi menjayakannya, pelanggan prabayar boleh melakukan pembayaran menerusi penolakan kredit manakala bagi pelanggan pascabayar, ia akan dimasukkan ke dalam bil bulanan. Pelanggan U Mobile boleh menguruskannya menerusi aplikasi MyUMobile.

Buat masa ini maklumat lanjut berkenaan penawaran insurans ini masih dalam tahap persiapan, namun pihak U Mobile dan Sun Life mengatakan ia bakal ditawarkan seawal Oktober 2017.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Insurans Hayat Sun Life Malaysia Bakal Ditawarkan Untuk Pengguna U Mobile Pada Harga Mampu Milik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info