Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Halaman AMP Dari Carian Google Kini Boleh Diakses Dua Kali Ganda Lebih Pantas

AMP ProjectGoogle telah mengumumkan Projek AMP sebelum ini dalam usaha membolehkan pelbagai laman web di internet dapat dibuka dengan lebih pantas dengan menggunakan data yang kurang. Perkara ini dijayakan dengan mengurangkan pemuatan pelbagai elemen yang tidak digunakan, mengoptimasikan gambar, serta mengehoskan ia daripada pelayan Google.

Bercakap mengenai perkembangan Projek AMP ini, kini ia diumumkan yang mana laman-laman AMP kini boleh diakses dengan dua kali lebih pantas berbanding sebelum ini dari enjin carian Google.

Perkara ini dijayakan melalui beberapa kaedah, termasuk mengurangkan saiz imej sehingga 50% tanpa menjejaskan kualiti, termasuk menggunakan algoritma pemampatan terbaru Google dinamakan Brotli yang mengurangkan saiz dokumen sehingga 10%.

Pada Google I/O juga turut diumumkan dimana Twitter akan mula menggunakan pautn AMP pada web mudah-alih mereka, selain integrasi pada aplikasi Android dan iOS akan menyusul tidak lama lagi.

Sehingga kini, lebih 900,000 domain di internet yang telah mula menggunakan sokongan AMP ini. Amanz sendiri telah mengimplementasi sokongan AMP sejak ia diperkenalkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Halaman AMP Dari Carian Google Kini Boleh Diakses Dua Kali Ganda Lebih Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info