Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ducky Hadir Dengan Papan Kekunci Edisi Terhad Year Of The Rooster

Saban tahun di acara Computex, pembuat papan kekunci terkenal Ducky pasti akan hadir dengan sebuah papan kekunci yang bertemakan haiwan zodiak Cina. Tahun ini merupakan tahun ayam jantan, dan syarikat tersebut menunjukkan rekaan papan kekunci edisi terhad terbaru, yang diberikan nama Ducky Year Of The Rooster.

Papan kekunci kekunci ini hadir dengan cangkerang berwarna emas, dan kekunci yang berwarna hitam, dan aksara lutsinar. Ini adalah kerana papan kekunci ini juga hadir dengan sokongan sistem nyalaan RGB yang boleh diubah warna dan coraknya.

 

Sama seperti kebanyakan papan kekunci mekanikal, Ducky Year Of The Rooster ini menggunakan suis Cherry MX, dan akan hadir dengan pilihan yang berbeza. Suis-suis yang hadir termasuklah Cherry MX Black, Brown, Green, Blue, Silver dan Red.

Apa yang membuatkan papan induk ini unik ialah keputusan Ducky untuk menggunakan kepingan seramik yang biasanya digunakan dalam pasu tradisional Cina dari turun-temurun. Kepingan seramik ini dicat dalam warna suis Cherry MX yang digunakan oleh papan kekunci tersebut, dan pada pendapat kami, ini membuatkan setiap papan kekunci tersebut sangat istimewa.

Papan kekunci Ducky edisi khas ini biasanya hadir dalam jumlah yang amat terhad, dan bilangan ini biasanya dihadkan kepada nombor tahun ianya dihasilkan. Tahun ini merupakan tahun 2017, dan walaupun jurucakap Ducky tidak memberikan kata putus kepada kami, kami pasti bilangannya terhad kepada 2017 unit.

Menurut jurucakap tersebut lagi, papan kekunci Ducky Year Of The Rooster ini bakal hadir sekitar bulan September 2017 nanti, pada harga yang akan diumumkan kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ducky Hadir Dengan Papan Kekunci Edisi Terhad Year Of The Rooster"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info