Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cooler Master Case Mod World Series 2017 Hadir Dengan Lebih 100 Binaan Komputer Kreatif

Pertandingan membina komputer Cooler Master Case Mod World Series hadir lagi pada tahun ini, membawa banyak binaan-binaan kerangka PC yang menarik dari seluruh dunia untuk peluang memenangi sebahagian daripada hadiah wang dan barangan PC bernilai $45000.

Pada tahun ini, pertandingan Case Mod World Series akan hadir dengan empat kategori, termasuklah Tower (binaan harus menggunakan menara PC Cooler Master), Scratch (binaan harus dibuat tanpa menggunakan cangkerang PC yang tersedia, dan harus menggunakan perkakasan Cooler Master yang boleh dikenal-pasti), People’s Choice Award dan juga sebuah kategori istimewa dimana pembina harus menggunakan salah satu daripada cangkerang-cangkerang PC klasik Cooler Master.

Mereka yang memasuki pertandingan ini bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah tunai, tetapi perkakasan PC juga, tajaan Cooler Master dan juga penaja pertandingan Case Mod World Series ini.

Selain dari itu, mereka yang mengundi untuk pemenang kategori People’s Choice Awards juga berpeluang memenangi hadiah tajaan Cooler Master, termasuk penaja-penaja yang lain. Ini termasuklah cangkerang PC, kad grafik, RAM dan gerudi khas tajaan Dremel.

Pertandingan membina PC Cooler Master ini sudahpun berlangsung dari bulan Mac tahun ini, da1n kini berada di tahap pengundian, dimana dua pemenang dari setiap kategori akan dipilih pada 19 haribulan Mei ini.

Layari laman web Cooler Master Case Mod World Series 2017



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cooler Master Case Mod World Series 2017 Hadir Dengan Lebih 100 Binaan Komputer Kreatif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info