Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mungkin Memperkenalkan Speaker Siri Pada WWDC – Kini Dalam Fasa Pengeluaran

Peranti milik Apple sedia terdapat dalam poket anda, di desktop, malah di televisyen. Kelak, sebuah peranti daripada Apple juga bakal hadir untuk

Apple dikatakan kini telah dalam proses pengeluaran untuk speaker pintar yang hadir dengan integrasi Siri. Apple mungkin memperkenalkan speaker pintar ini seawal pada acara WWDC bulan Jun ini, tetapi peranti berkenaan sendiri mungkin akan hanya dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Peranti daripada Apple ini akan menyaingi Amazon Echo dan juga Google Home, tetapi menawarkan kelainan, ia juga akan menawarkan sokongan teknologi bunyi surround sound maya, selain integrasi menyeluruh dengan produk-produk Apple.

Dengan pengenalan speaker pintar ini, ia akan memainkan peranan untuk dua tujuan utama : iaitu menjadi hab untuk pelbagai peralatan dibawah sistem Apple HomeKit, dan pada masa yang sama mengikat pengguna dibawah rangkaian perkhidmatan Apple. Ini juga secara tidak langsung membolehkan Apple menyaingi persaingan dari Google dan Apple. BUat masa ini, Amazon Echo dan Google Home tidak menyokong penuh penawaran Apple, akan membuatkan Apple kerugian dari beberapa segi. Sebagai contoh, dengan hanya Amazon Echo atau Google Home, ia akan membuatkan pengguna lebih kepada melanggan perkhidmatan seperti Spotify dan sebagainya berbanding Apple Music.

Tim Cook sendiri sebelum ini telah menekankan beberapa kali yang mana mereka akan memfokuskan kepada pendapatan daripada perkhidmatan dibawah Apple, dan semestinya speaker ini akan membantu perkara berkenaan.

Jikalau diperkenalkan pada acara WWDC bulan Jun ini, ia akan menjadi kali pertama untuk Apple memperkenalkan sebuah peranti baru sejak tahun 2013 yang lepas pada acara memfokuskan pembangun berkenaan. Apple juga mungkin memperkenalkan tablet iPad baru pada acara sama, selain kemaskini untuk keluarga Mac.

Sebuah speaker dengan rekaan dan binaan berkualiti daripada Apple, semestinya akan menarik minat ramai pengguna, dan melengkapkan lagi penawaran ekosistem Apple. Sebelum ini, pada 2006, Apple telah hadir dengan iPod HiFi, sebuah speaker yang dikuasakan dengan bateri, dan berfungsi melengkapkan penawaran aksesori untuk iPod. Walaubagaimanapun, disebabkan harga dan juga saiznya yang besar, ia membuatkan iPod HiFi ditamatkan pengeluaran hanya selepas 18 bulan selepas dilancarkan. Kini, dengan Siri sebagai tunjak utama, Apple sedang melihat kepada percubaan kedua pada produk speaker ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mungkin Memperkenalkan Speaker Siri Pada WWDC – Kini Dalam Fasa Pengeluaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info