Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Predator Triton 700 Bakal Hadir Pada Bulan Ogos Kelak – Hadir Dengan Teknologi Grafik NVIDIA Max-Q

Pada bulan lepas, Acer memperkenalkan komputer riba terbaru mereka dengan rekaan nipis – Acer Predator Triton 700, yang hadir dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan, termasuklah penggunaan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 di dalam sebuah cangkerang laptop yang sangat nipis.

Pada waktu tersebut, pihak Acer tidak memberitahu bagaimana mereka mampu memasukkan kad grafik tersebut di dalam laptop nipis tersebut, tetapi dengan pengumuman NVIDIA terbaru mengenai teknologi grafik Max-Q mereka, banyak persoalan mengenai rekaan dan prestasi laptop tersebut telahpun terjawab.

NVIDIA Max-Q

 

Laptop tersebut juga hadir di acara COMPUTEX tahun ini, dan beberapa butiran terbaru telahpun keluar mengenainya. Laptop Acer Predator Triton 700 ini akan hadir dalam beberapa konfigurasi berbeza, dan akan hadir di pasaran-pasaran Amerika Syarikat dan EMEA terlebih dahulu, bermula pada harga $2999 dan €3,399.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Predator Triton 700 Bakal Hadir Pada Bulan Ogos Kelak – Hadir Dengan Teknologi Grafik NVIDIA Max-Q"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info