Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Verizon Akan Menggabungkan Yahoo! Dan AOL – Memperkenalkan Oath

Pembelian syarikat-syarikat merupakan sesuatu yang sangat biasa di negara Amerika Syarikat. Verizon, sebuah konglomerat telekomunikasi di negara tersebut membeli Yahoo! untuk harga $4,48 bilion pada tahun lalu,

Terkini, Verizon dikatakan akan menggabungkan syarikat enjin pencarian tersebut dengan sebuah lagi anak syarikatnya: AOL dan gabungan ini akan dinamakan Oath. Jenama tersebut dikatakan akan hadir secara rasmi pada pertengahan tahun ini, menurut sebuah kenyataan daripada pihak AOL.

Buat masa ini, selain daripada nama baru tersebut, Verizon belum menyatakan apa-apa tentang penjenamaan produk-produk daripada kedua-dua syarikat ini, termasuklah Yahoo! Mail, AOL Mail, Flickr dan sebagainya.

Bagi kami, walaupun nama Oath ini bukanlah begitu kreatif, ia tentunya lebih baik daripada pilihan-pilihan sebelum ini, termasuklah Tronc dan Altaba.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Verizon Akan Menggabungkan Yahoo! Dan AOL – Memperkenalkan Oath"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info