Sembang Maniac

Sembang-sembang je

S-Health Dijenamakan Semula Sebagai Samsung Health

Samsung HealthSamsung sebelum ini sedia menawarkan aplikasi S-Health yang membolehkan pengguna menggunakan bersama peranti boleh-pakai dan juga telefon pintar mereka untuk memantau data berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan. Terkini, hari ini gergasi dari Korea Selatan berkenaan mengemaskini aplikasi berkenaan, dan menjenamakan semula ia kepada Samsung Health.

Untuk pengguna tempatan, buat masa ini ia sekadar kemaskini dengan beberapa perubahan, tetapi lebih memfokuskan kepada penjenamaan semula. Tetapi, untuk pengguna di Amerika Syarikat, Samsung menyertakan sebuah ciri khusus, membolehkan pengguna bertanyakan soalan kepada doktor melalui aplikasi berkenaan. Ia semestinya salah satu ciri menarik, dan dinantikan ramai diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Dinamakan sebagai “Ask an Expert”, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini bakal hadir kepada pengguna di Malaysia.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi S-Health, boleh memulakan proses kemaskini hari ini secara automatik kepada aplikasi Samsung Health.

Muat-Turun Samsung Health untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "S-Health Dijenamakan Semula Sebagai Samsung Health"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info