Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Xiaomi Mi Max 2 Tertiris

Peranti phablet berskrin besar Xiaomi Mi Max 2 dipercayai akan dilancarkan serentak bersama Mi 6 minggu ini. Hari ini rekaannya akhirnya tertiris dan menampakkan perubahan yang besar berbanding model tahun lalu.

Pertama sekali ia menggunakan port pengecasan USB-C. Perubahan kedua terletak pada rekaan tubuh yang lebih bulat dan tidak lagi berkotak. Hanya rekaan belakang, atas dan bawah tertiris buat masa ini. Antara perkara lain yang didengari ialah Mi Max 2 bakal dilengkapi skrin 6.4″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 626. RAM 4 GB dan storan 128 Gigabyte. Kamera utama sebesar 12-Megapixel dan kamera selfie sebesar 5-Megapixel.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Xiaomi Mi Max 2 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info