Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Memperkenalkan Hermes – Ujian Terjemahan Untuk Penulis Sarikata

Sudah setahun Netflix membuka sevis penstriman videonya ke serata dunia, dan kini, walaupun syarikat tersebut telah membuat pelbagai jenis kemaskini untuk memastikan ramai daripada penggunanya boleh menikmati penstriman tersebut, mereka masih lagi mencari penulis-penulis sarikata yang mampu menterjemah rancangan-rancangan mereka dengan baik.

Netflix baru sahaja mengumumkan Hermes, sebuah ujian terjemahan atas talian yang menguji tahap kebolehan seorang penulis sarikata menterjemah rancangan-rancangan dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa yang lain.

Ujian ini dibahagikan kepada lima bahagian, dan setiap bahagian ini bukan sahaja menguji kebolehan anda menterjemah skrip, malah ia akan menguji pemahaman anda tentang siri yang diterjemah, dan bagaimana adegan-adegan boleh diterjemah dengan baik.

Mereka yang berminat untuk mengambil ujian ini harus mendaftar terlebih dahulu dengan Hermes, dan anda akan diberikan nombor pendaftaran H-number anda yang tersendiri. Daripada sini, anda boleh mengambil ujian waktu terhad untuk menguji kebolehan anda menterjemah siri-siri televisyen di Netflix, dan jika anda berjaya, anda mungkin akan dipanggil oleh Netflix untuk menterjemah sarikata untuk mereka.

Menurut Netflix, mereka kini menyokong lebih daripada 20 bahasa, dan ini merupakan pembaikan daripada sebelum ini, di mana mereka hanya menyokong lima bahasa pada lima tahun yang lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Memperkenalkan Hermes – Ujian Terjemahan Untuk Penulis Sarikata"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info