Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Akan Menawarkan Kemaskini Windows Pada Mac Dan September Setiap Tahun

Microsoft baru sahaja memperkenalkan Windows 10 Creators Update baru-baru ini, dan terkini gergasi perkomputeran berkenaan mengumumkan komitmen mereka untuk kemaskini Windows dua kali setiap tahun, iaitu setiap enam bulan sekali.

Menurut Microsoft, mereka akan menawarkan kemaskini utama Windows pada Mac dan September setiap tahun. Ini bermakna, kemaskini seterusnya akan hadir kepada pengguna Windows 10 pada bulan September 2017 ini.

Kemaskini ini dilihat akan membuatkan Microsoft menawarkan ia pada masa yang lebih kurang sama dengan kemaskini Office 365 ProPlus. Microsoft juga turut mengatakan setiap kemaskini akan disokong selama 18 bulan lamanya.

Buat masa ini, ciri baru yang akan hadir pada kemaskini Windows seterusnya masih menjadi tanda tanya. Berkemungkinan kita akan melihat sedikit perubahan pada antaramuka sistem operasi berkenaan tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Akan Menawarkan Kemaskini Windows Pada Mac Dan September Setiap Tahun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info