Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kementerian Pendidikan Mempertimbangkan Membenarkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah

Kami terdiri dari golongan dinosaur yang tidak pernah memiliki telefon mudah alih ketika masih di sekolah. Masa telah berubah dan kini memiliki sebuah telefon pintar sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar sekolah rendah. Hari ini Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia mengesahkan pihak Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan membenarkan pengguna telefon pintar di dalam kelas.

Menurut beliau penggunaan adalah dihadkan sebagai alat bantuan pengajaran di dalam kelas sahaja. Pihak Kementerian walau bagaimanapun masih perlu melakukan kajian lebih mendalam sebelum membolehkan penggunaannya di kelas kelak. Apakah pendapat anda tentang langkah ini? Seperti kami laporkan sebelum ini, di United Kingdom sebuah sekolah merampas telefon pintar dan konsol milik pelajar sebelum musim peperiksaan. Markah pelajar menunjukkan peningkatan selepas program “merampas” ini dimulakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kementerian Pendidikan Mempertimbangkan Membenarkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info