Acara Intel Developer Forum adalah salah satu acara yang diadakan oleh pengeluar cip pemprosesan terkemuka berkenaan dalam berkongsi pelbagai teknologi terkini bersama para pembangun seluruh dunia. Disamping itu, acara berkenaan juga sering digunakan oleh Intel untuk mengumumkan pelbagai produk baru mereka yang terdiri daripada kemaskini cip pemprosesan, cip peranti-berhubung, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, bergerak kehadapan, Intel hari ini mengumumkan mereka mengambil langkah untuk membatalkan dan menamatkan acara tahunan Intel Developer Forum mereka. Intel kini meminta para pembangun untuk menyemak laman rasmi mereka, atau berhubung dengan wakil tempatan untuk sebarang pertanyaan.
Menurut wakil Intel, acara ini ditamatkan kerana perubahan kaedah Intel beroperasi pada masa kini yang turut memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan, 5G, automotif, peranti-berhubung dan sebagainya, yang membuatkan acara tahunan seumpamanya kurang relevan. Pihak Intel dijangka akan mengadakan acara yang lebih fokus menyasarkan kumpulan pengguna terpilih dibeberapa kawasan.
Selain itu, kita juga mungkin akan kekal melihat Intel membuat pengumuman pada acara popular lain, termasuk Computex yang dijangka menjelang tiba tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Membatalkan Acara Intel Developer Forum"