Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menawarkan Fungsi Semakan Berita Palsu Di Hasil Carian

Enjin carian terbesar dunia kini memperkenalkan fungsi yang dinamakan “Fact Check”, dimana sebuah tag khusus ditambah pada hasil carian berkaitan berita. Sebelum ini Google sedia mengujinya secara terhad, dan pada hari ini mereka telah mula memperluaskan sokongan berkenaan kepada carian di Google News.

Pengenalan fungsi ini hadir selepas ramai yang mengkritik platform seperti Google dan Facebook yang membantu dalam penyebaran berita palsu dan kurang tepat.

Google Search

Untuk tujuan ini, Google bekerjasama dengan beberapa organisasi yang memfokuskan semakan-fakta seperti politiFact, Snopes, selain turut membuka peluang kepada para penerbit kandungan untuk menyertai dan menyemak fakta antara satu sama lain. Google turut memperlihatkan firma dan organisasi yang terlibat pada semakan sesuatu fakta berita dan menamakan mereka pada hasil carian berkenaan.

Dengan langkah ini, penyebaran berita palsu dijangka dapat dikurangkan – malah pengguna turut boleh menggunakan platform Google untuk membuat semakan sesuatu kesahihan berita. Selain di Google, pengguna tempatan turut boleh menggunakan sebuah laman khusus yang dibangunkan oleh SKMM untuk semakan berita palsu, iaitu Sebenarnya.my.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Menawarkan Fungsi Semakan Berita Palsu Di Hasil Carian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info