Google sebelum ini pernah beberapa kali berusaha untuk bersaing dalam arena sosial, tetapi sering mengalami cabaran mereka tersendiri dan ketinggalan jikalau dibandingkan dengan pesaing lain. Walaubagaimanapun, dalam arena perusahaan, mereka sedia kukuh melalui penawaran G Suite mereka yang terdiri daripada Hangouts, GMail, Google Docs dan sebagainya yang dioptimasikan khusus untuk perusahaan.
Kini, Google dilihat akan memperkenalkan sebuah lagi ciri khusus pada G Suite, iaitu sebuah portal khusus untuk memudahkan pengguna memohon pekerjaan kepada pelbagai perusahaan. Dinamakan sebagai Google Hire, ia dijangka bersaing dengan pihak LinkedIn yang turut menawarkan fungsi lebih kurang sama.
Menurut Google, Google Hire kini dalam pembangunan untuk memudahkan perusahaan dibawah G Suite untuk menerima permohonan kerja dengan lebih efektif. Melalui produk berkenaan, ia akan memudahkan majikan menerima permohonan kerja secara atas-talian, sementara untuk pemohon pula mereka boleh memohon dan memilih informasi apa yang ingin ditawarkan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah perkhidmatan Google Hire ini akan dilancarkan secara rasminya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Ingin Bersaing Dengan LinkedIn Melalui Portal Khusus Dinamakan Google Hire"