Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Akan Menamatkan Sokongan Anotasi Pada Video

YouTube baru-baru ini telah menambah beberapa sokongan baru pada perkhidmatan mereka dalam membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih aktif – termasuk sokongan Card dan juga End Screens.

Dengan pengenalan dan penambahan ciri-ciri baru ini, salah satu kesan terhadap fungsi anotasi adalah dimana penggunaannya berkurangan dengan drastik. YouTube sendiri mengatakan sejak penggunaan End Screens dan Cards, penggunaan anotasi pada video telah berkurangan sehingga lebih 70%.

Disebabkan oleh perkara ini, pihak YouTube akan mematikan sokongan Annotations Editor bermula 2 Mei kelak, sekaligus membuatkan tiada lagi anotasi baru boleh ditambah pada video YouTube selepas tarikh berkenaan.

Anotasi sedia ada akan terus dipaparkan, tetapi terhad untuk pengguna di desktop sahaja. Tidak mustahil untuk kita melihat ia dimatikan sepenuhnya selepas suatu tempoh masa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "YouTube Akan Menamatkan Sokongan Anotasi Pada Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info