Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Google Pixel 2 Mungkin Tidak Menyertakan Sokongan Bicu Audio

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri yang dinamakan Pixel. Sejak daripadanya, ia menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna – dan tidak kurang juga mereka yang menantikan kemaskini generasi kedua peranti berkenaan pada tahun ini.

Beberapa desas-desus mengenai Pixel 2 telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan kini desas-desus baru hadir mengatakan Google mungkin meninggalkan bicu audio pada Pixel 2 kelak.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, kerana Apple telah membuangnya sebelum ini – malah rakan kerjasama Google dalam pengeluaran Pixel, iaitu HTC turut telah membuang bicu audio pada telefon-telefon terbaru mereka.

Walaubagaimanapun, daripada pengamatan kami di Mobile World Congress, kebanyakkan pengeluar masih menyimpan bicu audio pada penawaran produk baru mereka – berbeza dengan apa yang dijangka ramai sebelum ini.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Pixel 2 kelak untuk melihat adalah benar Google akan membuang bicu audio ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Google Pixel 2 Mungkin Tidak Menyertakan Sokongan Bicu Audio"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info