Samsung sedia menerajui dalam bidang rekabentuk mikrocip, dan sedia membuat pengeluaran untuk cip pada rekaan proses 10nm. Cip Exynos terbaru sedia menggunakan proses berkenaan, selain mana Samsung juga turut membuat keluaran untuk cip Qualcomm terbaru dengan rekaan yang serupa.
Bergerak kehadapan, selain inovasi rekaan proses 7nm, pihak Samsung juga kini mengatakan mereka telah menambah rekaan 8nm dan 6nm pada latar pembangunan mereka.
Seperti biasa, ia menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan pada hari ini – selain penggunaan tenaga lebih efisyen.
Samsung mengatakan rekaan cip baru ini akan mengintegrasikan teknologi daripada 10nm dan 7nm. Samsung bakal berkongsi lanjut mengenai inovasi baru mereka ini pada bulan Mei kelak pada Samsung Foundry Forum.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Berkongsi Mengenai Rekaan Cip 8nm Dan 6nm Pada Bulan Mei"