Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Muzium Telefon Mudah Alih Klasik Dibuka Di Slovenia Dengan Koleksi 3500 Peranti

Alcatel, Nokia, Sagem, Siemens dan Sony Ericsson. Kesemua ini ialah jenama telefon mudah alih yang pernah kami miliki semasa masih teruna sunti. Di Amanz kami mempunyai muzium mini beberapa ratus peranti yang pernah diulas. Tetapi jumlah koleksi kami tidak dapat menandingi apa yang boleh ditemui di Múzeum Mobilov Dobšiná yang dibuka di Slovenia.

Muzium telefon mudah alih klasik ini mempunyai koleksi 3500 peranti berjenama Alcatel, Sagem, Siemens, ZTE, Ericsson, Samsung, Trium, Nokia, Panasonic, Motorola, Mitsubishi, Bosh, Sony-Ericsson dan Philips. Ia adalah koleksi peribadi Stefan Polgari yang menggemari peranti klasik. Bagi yang berminat muzium ini terletak di bandar Dobsina.

Kerana ia adalah inisiatif peribadi, muzium ini meminta orang ramai supaya mendermakan peranti klasik yang tidak lagi digunakan bagi meningkatkan jumlah koleksi. Setakat ini jenama Nokia adalah koleksi terbesar dengan 269 peranti diikuti oleh Siemens dengan 127 peranti.

Apakah peranti klasik yang paling hebat pernah anda miliki? Bagi kami Nokia N93 adalah yang paling berharga kerana digunakan untuk menghasilkan dokumentari yang berjaya ke peringkat akhir MSC APICTA Awards lapan tahun yang lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Muzium Telefon Mudah Alih Klasik Dibuka Di Slovenia Dengan Koleksi 3500 Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info