Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – iPhone 7 RED, Android O Dev, DFTZ Malaysia

Pada minggu ini, Apple mengumumkan kemaskini untuk sejumlah produk mereka, termasuk pengenalan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dalam pilihan warna merah. Selain itu, mereka turut memperkenalkan kemaskini untuk keluarga iPhone SE dan juga iPad.

Selain Apple, pihak Google turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Android O Dev Preview untuk memberikan pembangun bersedia dengan aplikasi mereka apabila Android O versi akhir dilancarkan kelak.

Di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Digital Free Trade Zone secara rasminya dalam usaha mempertingkatkan dan memperkukuhkan arena e-dagang di Malaysia. Sejumlah perancangan disediakan dalam usaha menjadikan Malaysia hab untuk bukan sahaja e-dagang, tetapi juga ekonomi digital secara keseluruhannya.

Beberapa peranti baru turut telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, termasuk Oukitel yang melancarkan jenama mereka secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Samsung Malaysia pula telah menawarkan diskaun untuk pembelian Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Dalam arena telekomunikasi, pihak Digi telah hadir dengan pelan tanpa had mereka untuk pengguna pascabayar dibawah penawaran yang dipanggil mereka sebagai INFINITE.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – iPhone 7 RED, Android O Dev, DFTZ Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info