Minggu ini menyaksikan satu lagi pengeluar peranti memasuki pasaran tempatan secara rasminya, iaitu Infinix. Bersama-sama dengan pengumuman mereka memasuki pasaran tempatan, Infinix turut melancarkan beberapa telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan.
Selain daripada itu, OnePlus 3T turut telah mula dijual di Malaysia, menawarkan telefon pintar dengan memori 6GB RAM. Lenovo juga turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan siri komputer riba Lenovo Legion.
Bercakap mengenai penawaran peranti, Xiaomi turut telah memperkenalkan Redmi Note 4 untuk pasaran tempatan.
Dalam arena aplikasi, pihak Maybank telah memperkenalkan aplikasi baru dengan antaramuka yang lebih kemas untuk Android dan juga iOS. Dan selain Maybank, pihak Grab pula telah mengumumkan pengenalan perkhidmatan mereka dibeberapa bandar baru, termasuk Kuantan dan Seremban.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Infinix Malaysia, Aplikasi Maybank Baru, Redmi Note 4"