Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini Twitter Menghalang “Akaun Telur” Dari Terpapar Di Susur Masa

Sekiranya anda menggunakan Twitter anda pasti tahu apakah yang dimaksudkan dengan “akaun telur”. Bagi yang kurang arif ia adalah akaun baru dibuka dan kerap kali hanyalah bot yang digunakan untuk tujuan propaganda. Avatar default gambar telur masih belum digantikan dengan gambar yang dimuat naik. Akaun ini turut digunakan insan untuk melakukan serangan ke atas pengguna lain tanpa mendedahkan identiti mereka.

Bagi mengurangkan masalah buli dan perkauman di atas talian, Twitter mengumumkan beberapa fungsi baru semalam. Fungsi pertama ialah pengguna boleh menapis akaun telur dari muncul pada susur masa mereka. Pengguna juga boleh menapis akaun yang belum disahkan alamat emel dan nombor telefon mereka. Pemilik akaun telur jarang sekali menukar avatar, mengesahkan emel dan nombor telefon peribadi akaun mereka.

Twitter turut memperkenalkan sistem Mute baru. Pengguna boleh menetapkan tempoh masa akaun pengguna dan kata kekunci ingin dibisukan. Mereka boleh membisukan akaun selama sehari, seminggu, sebulan atau selama-lamanya. Ini amat berguna bagi mengelakkan spoiler filem dan siri TV popular dari terpapar di susur masa.

Akhir sekali Twitter turut menjanjikan akan menjadi lebih proaktif dalam menguruskan laporan akaun yang melakukan pembulian atas talian. Dengan pengenalan kesemua fungsi baru ini, sekurang-kurangnya kehadiran akaun yang menjengkelkan dapat ditapis sendiri oleh pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemas Kini Twitter Menghalang “Akaun Telur” Dari Terpapar Di Susur Masa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info