Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Bundle Terbaru Menawarkan Koleksi Permainan Bercorak Ketenteraan

Humble Bundle sering hadir dengan koleksi permainan khusus yang pengguna boleh dapatkan pada harga sangat kompetitif dan rendah. Terkini, untuk tempoh dua minggu ini, Humble Bundle menawarkan permainan dibawah siri ARMA.

ARMA merupakan permainan tembak-menembak bercorak ketenteraan, dan menawarkan paparan pandang pertama. Ia pertama kali telah diperkenalkan pada tahun 2006 lepas, dan beberapa versi permainan telah diperkenalkan dibawah nama ARMA sehingga kini.

Humble Bundle ARMA

Pada sumbangan sebarang nilai (dengan minima $1), pengguna akan mendapat permainan ARMA : Cold War Assault, ARMA : Gold Edition, dan juga ARMA Tactics.

Pada sumbangan nilai purata pula, lima permainan tambahan diberikan, iaitu ARMA 2, ARMA 2 : Operation Arrowhead, Arma 2: British Armed Forces, Arma 2: Private Military Company dan juga Arma 2: Army of the Czech Republic.

Dan dengan membuat sumbangan minima $15, pengguna akan diberikan semua permainan dan termasuk ARMA 3 dan juga ARMA 3 Karts.

Majoriti permainan ini adalah khusus untuk Windows, dan pengguna akan diberikan kod melalui Steam.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Humble Bundle hari ini.

Layari : Humble Bundle



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Humble Bundle Terbaru Menawarkan Koleksi Permainan Bercorak Ketenteraan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info