Saban tahun hari kekasih Valentine disambut pada 14 Februari. Di Jepun hari ini adalah hari di mana kaum wanita memberikan coklat kepada teman lelaki mereka. Pada 14 Mac pula Hari Valentine Putih disambut di mana tiba giliran kaum lelaki memberikan coklat putih kepada kaum wanita. Hari Valentine Putih ini disambut di Jepun, China, Korea dan Taiwan. Sempena hari istimewa ini, Honor 8 Pearl White akan ditawarkan di Malaysia.
Pra-tempahan dibuka hari ini sehingga 14 Mac. Harga jualan Honor 8 Pearl White ialah RM 1834 dan dipakejkan sekali dengan Honor Band Z1, coklat Shiroi Koibito dan sabun ros putih. Selain melakukan tempahan di Vmall, pengguna yang berminat turut boleh melakukannya di bilik pameran Honor/Huawei terpilih.
Honor 8 ialah peranti yang dilengkapi 5.2″HD penuh, pemproses Kirin 950, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Dwi-kamera 12-Megapixel digunakan pada bahagian belakang dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Bateri 3000 mAh disertakan dan menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 8 Pearl White Ditawarkan Di Malaysia Bermula Hari Ini"