Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dikatakan Sedang Membangunkan Aplikasi Sosial Untuk Penyuntingan Gambar Berkumpulan

Google pada hari ini mempunyai aplikasi Google Photos yang sedia digunakan ramai dalam membuat salinan pendua, mahupun menyimpan pelbagai hasil rakaman mereka. Kini, selain daripadanya, Google turut diperkatakan sedang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi baru yang memfokuskan penyuntingan gambar secara berkumpulan.

Melalui laporan yang hadir, Google dikatakan sedang membangunkan aplikasi gambar sosial berbentuk kolaborasi. Pengguna boleh membuat kumpulan untuk perkongsian gambar pada aplikasi berkenaan, dan seterusnya pengguna dalam kumpulan berkenaan boleh berkongsi gambar dan juga menyunting, malah tag gambar berkenaan.

Beberapa gambaran diberikan untuk aplikasi ini, dan turut ada yang mengatakan ia seumpama Path – salah satu aplikasi sosial berbentuk peribadi. Google sendiri sebelum ini telah berusaha beberapa kali dalam arena sosial, tetapi masih gagal mendapatkan angka pengguna yang tinggi.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan melancarkannya secara rasmi. Mungkinkah kita akan melihat Google membuat pengumuman berkaitan ketika acara Google I/O kelak?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Dikatakan Sedang Membangunkan Aplikasi Sosial Untuk Penyuntingan Gambar Berkumpulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info