Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi MyDigi Dikemaskini Dan Kini Menyokong Fungsi Live Chat

Pernah suatu ketika dahulu bagi mengetahui jumlah kredit dan bil telefon pengguna perlu memasukkan kod khas ke dalam peranti. Proses penghantaran mesej ini agak perlahan dan kurang mesra pengguna. Dengan terciptanya peranti pintar, fungsi ini digantikan dengan menggunakan aplikasi. MyDigi ialah aplikasi yang memudahkan proses di atas bagi pelanggan Digi.

Aplikasi MyDigi telah dikemaskini dengan antaramuka baru dan akhirnya membawakan sokongan Live Chat. Pelanggan boleh berinteraksi secara terus dengan pegawai perkhidmatan pelanggan terus menerusi Live Chat. Buat masa ini ia hanya berfungsi dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. Pihak Digi akan mempertimbangkan sokongan 24 jam sehari sekiranya diperlukan pelanggan.

Komen kami selepas menggunakan aplikasi versi Android yang baru dikemaskini adalah sedikit negatif. Aplikasi mengambil masa yang lebih lama untuk dilancarkan. Mencari maklumat mengenai kuota data kini lebih sukar kerana perlu mentatal kemudian menekan sebuah lagi butang. Tiada lagi petunjuk jumlah data dalam bentuk graf yang kami rasakan lebih mudah difahami pengguna. Diharap antaramuka dapat diperhalusi lagi dan masa menanti yang lama dapat disingkatkan dengan segera.

Muat turun aplikasi MyDigi versi Android dari Google Play

Muat turun aplikasi MyDigi versi iOS dari App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi MyDigi Dikemaskini Dan Kini Menyokong Fungsi Live Chat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info