Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alibaba Dijangka Membuka Hab Serantau Di Malaysia

Alibaba merupakan salah satu syarikat e-dagang gergasi di dunia. Mereka sedia popular dengan penawaran seperti Alibaba, TMall dan sebagainya di China, selain turut memiliki Lazada untuk rantau Asia Tenggara.

Terkini, hadir laporan mengatakan Alibaba bakal membuka sebuah hab pengedaran serantau di Malaysia. Ia dijangka dibina sekitar kawasan KLIA pada keluasan 9995 hektar.

Hab ini dikatakan akan dibuka dengan bantuan salah satu agensi kerajaan Malaysia. Ia masih tidak diketahui sama ada pihak Alibaba akan membuat pelaburan untuk projek ini ataupun sebaliknya.

Seperti ramai sedia maklum, Jack Ma sebelum ini sedia dilantik sebagai penasihat ekonomi digital oleh Malaysia. Ia dikatakan hab ini juga mungkin menjadi sebahagian daripada langkah kerajaan dalam melancarkan Digital Free Trade Zone.

Langkah membuka hab ini dijangka akan diumumkan oleh Najib Razak dan Jack Ma sekitar minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Alibaba Dijangka Membuka Hab Serantau Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info