Tidak lama sebelum ini, Microsoft bersama-sama pelbagai rakan kerjasama pengeluar telah mengumumkan bakal menawarkan set realiti-gabungan masing-masing. Terkini, dalam usaha membolehkan para pembangun menyediakan kandungan khusus untuk terlebih dahulu, Microsoft bersama Acer memperkenalkan set realiti-gabungan khusus untuk pembangun.
Dinamakan sebagai Acer Windows Mixed Reality Development Edition, ia hadir dengan dua panel pada resolusi 1440×1440 pixel, kadar segar semula panel 90Hz secara natif, sokongan audio dan mikrofon terbina melalui bicu 3.5mm, dan sambungan berasaskan USB 3.0 dan HDMI 2.0.
Berbeza dengan set realiti-maya, melalui realiti-gabungan, ia mengabungkan persekitaran dunia-nyata bersama-sama objek maya. Ini membawa kepada pelbagai pengenalan inovasi baru, selain kaedah interaksi yang baru.
Dengan pengenalan set khusus untuk pembangun ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak kandungan mula disediakan – dan mungkin kita akan melihat ia hadir kepada pembangun mungkin tahun ini atau hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Bakal Menawarkan Set Realiti-Gabungan Berasaskan Windows Kepada Pembangun"