U-Mobile kini nampaknya telah menambah Apple Music dibawah penawaran Music-Onz, sekaligus membolehkan para pelanggan prabayar dan pascabayar U Mobile untuk menikmati penstriman muzik melalui Apple Music tanpa risau akan terguna data bulanan mereka.
Untuk makluman, penawaran U Mobile ini adalah hanya kepada data yang digunakan sahaja, dan pengguna masih perlu melanggan Apple Music secara berasingan. Apple Music bukan sahaja terhad kepada peranti Apple, tetapi turut ditawarkan untuk pengguna Android.
Selain daripada Apple Music, pihak U Mobile juga dilihat telah menambah beberapa perkhidmatan penstriman dibawah Music-Onz, termasuk Raku yang dimiliki oleh Astro.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "U Mobile Menambah Apple Music Dibawah Music-Onz – Data Percuma Untuk Penstriman"