Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tali Jam LG Watch Sport Tidak Boleh Digantikan Dengan Mudah

LG Watch Sport dilancarkan secara rasmi semalam dan ia merupakan antara jam terawal menggunakan Android Wear 2.0. Berbeza dengan LG Watch Play, rekaan tali pada jam tangan pintar model lebih premium ini dipasang dengan menggunakan skru. Bagi mereka yang mungkin mahu menukarnya dengan tali jam 42 mm biasa, anda tidak boleh melakukannya.

Ini adalah kerana tali jam tangan ini mempunyai antena untuk perkhidmatan selular, WiFi, GPS dan Bluetooth. Sekiranya pengguna menggunakan tali jam biasa, kesemua fungsi yang disenaraikan tidak lagi akan berfungsi. Sebab antena diletakkan di dalam tali ialah bagi mengurangkan ketebalan  jam tangan pintar ini. Ini pastinya akan membuatkan pengguna berfikir dua kali untuk membelinya.

Masalah yang sama pernah kami hadapi semasa membeli Gear S2. Tali gantian rekaan khas Samsung agak sukar untuk ditemui dan dijual pada harga lebih mahal. LG Watch Play menggunakan rekaan tali jam biasa dan tidak akan mengalami masalah ditukarkan seperti Watch Sport.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tali Jam LG Watch Sport Tidak Boleh Digantikan Dengan Mudah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info