Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Mengumumkan Kerjasama Dengan Qualcomm Untuk Memesatkan Teknologi Gigabit LTE

Pada acara pengumuman Sony di Mobile World Congress, Hiroki Totoki, CEO Sony Mobile Communications mengatakan bahawa syarikat pembuat barangan elektronik tersebut bakal bekerjasama dengan Qualcomm untuk memesatkan teknologi Gigabit LTE, ataupun 5G.

Menurut jurucakap Qualcomm, kerjasama tersebut bakal memberikan para pengguna peranti pintar di masa hadapan kelajuan internet mudah alih yang bukan sahaja pantas, tetapi stabil di mana-mana jua.

Walaupun teknologi 5G tidak akan dilihat buat masa beberapa tahun lagi, kerjasama diantara Sony dan Qualcomm ini diharap dapat mempercepatkan lagi penggunaan Gigabit LTE di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Mengumumkan Kerjasama Dengan Qualcomm Untuk Memesatkan Teknologi Gigabit LTE"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info