Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Raspberry Pi Zero W Diperkenalkan Dengan Sokongan Bluetooth Dan WiFi Pada Harga RM45

Raspberry Pi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena komputer bersaiz mini atau untuk membangunkan peranti berhubung. Terkini, pihak Raspberry Pi telah memperkenalkan Raspberry Pi Zero W yang merupakan penaik-tarafan kepada Pi Zero sebelum ini, tetapi dengan ciri-ciri tambahan.

Raspberry Pi Zero W

Raspberry Pi Zero W hadir dengan sokongan Bluetooth dan WiFi – dua fungsi yang dimohon ramai, tetapi mengekalkan pada harga sangat rendah, iaitu $10 (~RM45).

Secara keseluruhan, ia menawarkan cip pemprosesan satu teras 1GHz, memori 512MB RAM, port mini-HDMI, port USB OTG, sambungan kamera CSI, composite video dan reset, sokongan Bluetooth 4.0 dan sokongan WiFi 802.11n.

Seperti biasa, ia akan dijual melalui pengedar rasmi Raspberry Pi di seluruh dunia bermula minggu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Raspberry Pi Zero W Diperkenalkan Dengan Sokongan Bluetooth Dan WiFi Pada Harga RM45"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info